apa
 
HOME | QURAN | TAFSIR | GAMBAR SKOOP | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU
:: Mari Mengingati Allah ::
:: Lunak GengSkoop ::

:: Masa Kita ::
Waktu Yaman


Waktu Malaysia


Waktu Syria
:: Hari Ini ::
:: Sembang Skoop ::


Online
website counter

Anda Yang Ke
:: INFORMASI ALTERNATIF ::

::WebTV::~Informasi Halwa Naluri~

TVPAS.com

Blog Presiden PAS

Ahli Parlimen PAS

Blog Pimpinan PAS

Jom Sertai PAS - PAS Untuk Semua


:: Isu Semasa ::
Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News Malay MailHARAKAH daily

:: Rangkaian TV ::
TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance
:: Another WEB ::

:: Akhbar Malizia ::
Dalam Proses
:: Bisness My Bro ::
BannerFans.com
:: Peace ::
Photobucket
:: Dictionaries ::
  • English-Arabic Dictionary
  • English-Malay Dictionary
  • :: Ceria Sokmo ::
    Photobucket
    :: Tazkirah ::
    Sedang Mengarang
    :: Hayya Nasma'u ::


    :: Update ::
    :: Lagi Pantun Raye ::
    Zahir dan batin maaf dipinta,
    Hadirnya Syawal membawa keriangan,
    Pesan buat keluarga tercinta,
    Kami yang jauh dilupa jangan
    :: Live Traffic Feed ::
    :: Tukar Mata Wang ::

    Tukaran Wang Asing pada
    waktu semasa ialah

    Unit

    Daripada

    Kepada



    :: Search ::
    Search in Quran
    Search:
    Download Free Code
    www.SearchTruth.com
    Search in Hadith
    Search:
    in
    Download Free Code
    www.SearchTruth.com
    :: Update ::
    Coming Soon.
    Salam Lebaran Buat Semua Umat Islam
    Friday, September 03, 2010


    Ramadhan kini marhalah yang terakhir, ayuh kita suluhi malam-malam kita dengan munajat pada Yang Esa. Agar Lailatul Qadar dalam genggaman buat insuran masa depan kita kelak!!

    Salam 1 syawal, jari di susun pohon salah dan silap dimaafin samada sengaja atau tidar sedari. Dari kami Ahmad Furqan & Raihana Syahirah ",)
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 7:34 AM   0 comments
    Ziarah Exco ke Hadramaut.... Membelah Lautan Awan Biru
    Wednesday, March 03, 2010


    Setinggi-tinggi lafaz tanda penuh kesyukuran ku pulangkan ke Hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Seluas lautan milik Allah ku sembahkankan tanda selawat jua salam kecintaan buat junjungan sepanjang zaman Nabi Allah Muhammad bin Abdullah S.A.W serta para sahabat RadhiyalLahu Anhum. Tiada keringat ku lupakan juga buat sahabat-sahabat yang berjuang memartabatkan panji kebesaran Islam...

    Ku mulai bicara tanpa bibir yang menutur, hanya tarian jemari yang ku persembahkan dikesempatan ini dengan kalimah suci…. Bismillahir Rahmanir Rahim.

    Malam itu seperti kebiasaan, manusia melaksanakan gelagat dengan rutin harian yang telah mereka rancangkan. Ditemani bulan purnama bersuka ria bersama kerlipan ribuan bintang menyaksikan opera pementasan ahli duniawi wal akhirah. Moga syurga itu milik yang dijanjikan untuk kita semua dan neraka itu jauh dari pandangan kita di akhirat kelak. InsyaALLAH!!

    Tika ini, diary ku ini hanya akan menyingkap kehidupan pemuda islam. Bersama iringan doa kalian menyemarakkan lagi perjuangan mereka. Membela nasib yang tertindas, menghulur bantuan pada yang susah. Jua memerlukan nasihat yang tiada putusnya.

    24 February 2010M bersamaan 10 Rabiul Awwal 1431H, tarikh di mana ku mulai catitan ini. Dari destinasi yang berbeza tapi sedikit aktiviti yang sama mereka lakukan. Malam yang semakin menggelap, mereka seakan nampak berkemas dengan kelengkapan bermusafir.



    Ya, pagi esoknya bertarikh 25 February 2010M jam 5.45pagi mereka akan mulai bermusafir membelah lautan awan biru menuju ke suatu destinasi yang telah dirancang sejak awal pemerintahan mereka sebagai kepimpinan bagi Persatuan Pelajar Malaysia Yaman yang lebih dikenali dengan panggilan PERMAYA sebagai singkatannya.

    Malam sebelum mereka bertolak, mereka dikehendaki tidur di rumah PERMAYA bagi memudahkan perjalanan mereka berangkat ke airport milik ibu kota bagi Yemen, Bumi Iman & Hikmah. Seawal pagi lagi mereka sudah bangun dari lenakan tidur yang mengulit penuh mimpi yang fantasi. Menyiapkan diri masing-masing menyabari untuk memulakan perjalanan baru. Namun terlebih dahulu tanggungjawab sebagai seorang hamba yang sentiasa sujud mengadap Ilahi dilaksanakan secara berjamaah.

    Setibanya di airport milik ibu kota bagi Yemen, Sana’a atau gelarannya Bumi Iman & Hikmah mereka sedikit merungut dengan system yang disediakan. Oh ya, terlebih dahulu ku perkenalkan disebalik sandaran ‘mereka itu membawa makna kami (barisan kepimpinan PERMAYA).

    Agak terlintas juga difikiran ku ketika itu tentang system tersebut. Adakah ini yang dikatakan system antarabangsa atau hanya system yang terlintas diotak milik pegawai Yemen yang bertugas tersebut.

    Maklumlah rata-rata dikalangan pelajar di sini hampir masak dengan perangai ahli Bumi Yemen. Apa tidaknya, hampir saja separuh kami ‘telanjang’. Ops, maksudku dengan kasut-kasut dan ‘sebahagian pakaian’ yang kami pakai terpaksa ditanggalkan semasa melalui check-in untuk berlepas. Agak kelakar juga bila ku fikirkan balik peristiwa itu.

    AlhamdulilLah, perjalanan yang mengambil masa selama hampir satu jam itu selamat ku bersama rakan-rakan seperjuangan tiba di destinasi yang dipilih. Hadramaut, adalah destinasi yang telah kami rancangkan dari awal kenaikan kami sebagai ‘pegawai’ PERMAYA untuk melaksakan ziarah sahabat-sahabat yang sejak dahulu lagi meminta agar kami menjenguk bumi tersebut.



    Selama 3 hari 2 malam kami menginap disana. Keadaannya agak mirip dengan Tanah Air tercinta. Cuaca yang agak panas dan kehijauan buminya dari tempat kami datangi buat kami kembali mengingati Tanah Air yang telah kami tinggal sekian lama demi gelaran ‘anak dagang’ yang dahagakan ilmu membela agama dan umat islam.

    Di sana, kami di tempatkan disebuah hotel yang sederhana harganya memampukan kami menginap di situ. Pelbagai aktiviti yang telah diaturkan oleh sahabat-sahabat di sana yang juga merupakan barisan pimpinan bagi PERMAYA cawangan Hadramaut. Hampir padat jadual yang harus kami ikuti.

    Kebetulan saat kami tiba di sana, acara Maulid mengingati kelahiran Nabi Allah Muhammad bin Abdullah S.A.W rancak dijalankan selama beberapa hari. Tidak ketinggalan kami mengikutinya dengan suasana yang baru bagi ku sendiri. SubhanalLah, begitu mereka mencintai Kekasih Allah itu… Begitu ku mengagumi mereka.

    Sempat juga kami menziarahi beberapa tempat yang dikenali dengan sejarahnya yang tersendiri. Begitu Allah penuh dengan khazanahnya. Di kesempatan itu juga, majlis berdialog antara pimpinan PERMAYA pusat dan ahli PERMAYA cawangan Hadramaut berjalan dengan kemeriahan soalan yang timbul dari ahlinya.



    Paling mengharukan bagi kami, saat salah seorang ahli PERMAYA cawangan Hadramaut meminta agar kami pada masa akan datang melanjutkan lagi tempoh ziarah kami. Katanya lagi tempoh selama 3 hari yang kami tetapkan itu tidak memadai untuk kami terus menyemai bibik ikatan persaudaraan islam disamping lebih mengenali bumi yang kini mendapat solokan ”A’simah Saqafah Islamiyyah”.

    Tidak kami sudahi permusafiran kami begitu sahaja. Malam terakhir kami disana, kami dipelawa untuk bersama mereka istirehat dikolam renang yang telah mereka sewa untuk satu malam. Acara BBQ juga tidak ketinggalan, sambil manda sambil ‘mentokodaghah’ kalau ikut loghat nogori.

    Jam ditangan menunjukkan waktu itu malam semakin membuta dalam gelap. Kami harus mengundur diri bagi mengumpulkan tenaga dan mengemas pakaian kami bagi meneruskan perjalanan pulang esok paginya dengan menaiki bas yang akan mengambil masa hampir 10 jam lebih mengikut perkiraan ku.

    Sesudah bergambar sebagai kenang-kenangan dan bersalaman ucapan selamat tinggal tiba-tiba diriku disentap lalu dikerumuni oleh rakan-rakan yang lain melaksanakan suatu misi yang membuatkan ku bermonolog dengan diriku sendiri “habislah aku kali nie”..

    Dub…. Dihayutnya diriku yang tak seberapa berat ni lalu dicampakkan kedalam kolam renang tersebut. Fuh, kes buli ini!! Nantilah korang ku laporkan pada pihak berkuasa. Hehehe, habis kuyup basah baju yang ku pakai smart sebentar tadi. Jeng jeng…. Jangan ingat dah berakhir acara tersebut, masih ada mangsa yang perlu ‘dilahap. Exco Kebajikan PERMAYA pusat menjadi sasaran seterusnya, tak kisahlah pakai kain pelikat sekalipun tetap kena sempurnakan juga acara nie.

    Sekali lagi….. Percikan air melantun ke udara. Huhuhu, baru ada geng bisik ku pada diri sendiri. Selang 5 – 10 minit, mungkin ada yang hairan tengah-tengah malam pun ada juga orang nak buat acara larian marathon yang entah beberapa kilometer tu. Fuh, macam tak percaya pulak seorang yang sebelum ini dilihatnya berdiri tegak memberi ucapan, menyapa sahabat-sahabat yang bersama di situ. Tut tut, berlari dah macam lebih kena kejar dek harimau lapar.

    Sapa sangkakan Presiden PERMAYA pun dijadikan sasaran mangsa terakhir malam itu. Oleh kerana terlalu menyanyangi diri dari menjadi mangsa tercampak ke dalam kolam renang lewat malam. Terpaksalah berlari sepuas hati sampai termengah-mengah yang mengejarnya. Cukup buat ku dan rakan-rakan terbahak-bahak dalam ketawa. Nasib baik tak bertukar pontianak harum sundal malam.

    Begitu sang purnama tersenyum menyaksikan keakraban persahabatan yang terbina hanya beberapa detik lalu. Kini, terjalin bagai sebuah ikatan persaudaraan yang terjalin sejak dulu lamanya. Malam itu, tak rekang kami dengan hilai tawa yang mencampak jauh batasan antara kami walaupun baru bersua kenalan.

    Cukup buat kami menyempurnakan kenangan yang terindah di sana. Sukar mengatakan bahawa jauh di hati kecil ini menyatakn berat berpisah. Begitu pantas masa mengakhiri pertemuan ini. Begitu lumrah hidup, bertemu pasti berpisah dan akan terus begitu.

    Lalu, ucapan “Terima Kasih” yang tiada tandingnya mampu menafsirkan betapa kami mensyukuri nikmat Sang Pencipta walaupun hanya untuk seketika dari kami wahai sahabat seperjuangan di sana di atas layan yang cukup memuaskan. Semoga kalian terus tabah berjuang di sana. Masih ada yang menantikan kepulangan kita dengan segenggam ilmu yang ada. Ayuh, kita gerakkan semangat yang berkobar membela Islam. Takbirrrr!!!


    Ahmad Furqan bin Hj Ismail
    Setiausaha Agung PERMAYA
    Sesi 2009/2010

    02 March 2010M / 16 Rabiul Awwal 1431H
    7.00 pm
    www.gengskoop.blogspot.com
    www.permaya.org
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 7:47 AM   0 comments
    Dunia Baru Mula Berlayar..
    Sunday, January 03, 2010
    Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.

    Alhamdulillah, sekali lagi pena ini mengungkap kalimah suci menandakan betapa syukurnya luahan dari hati menerima peluang yang berkesempatan ini bagi mencoretkan kisah-kisah dunia yang telah berlalu. Bagaikan semalam baru bersua pena di sini. Namun, hakikatnya kita sudah lama tidak bertegur sapa dan menyapa khabar sampaikan teratak yang usang kian bertambah rawangnya.

    Maafkan ku kawan, dek kerana kesempatan yang terlalu sempit disisi aku tidak mengizinkan untuk tarian pena mempamerkan kelincahannya. Hinggakan ada persolan tercetus dek aku yang seakan sibuk bangat dengan tugasan menyoal tentang kesepian aku itu. Kawan, kini aku kembali dipersada coretan siber buat tatapan kengkawan yang aku kasih dan sayang semuanya.

    Oh ya.... Sebelum kita berceloteh panjang, ingin aku mengingatkan kembali kita akan Tahun Baru Hijri yang telah berlalu. Erm, kengkawan semua macam mana? Dah pasang azam baru? Baguslah kalau semua dengan persedian yang lengkap..

    Begitulah jua aku yang di sini.... 1 Muharram 1431H menjadi sempadan baru buat aku. Titiik baru untuk menyiapkan diri ku mengharungi dunia yang bakal ku lalui. Masih bermain difikiran, sinarkah atau gelap yang menjadi laluan hidupku? Erm... Kita berusaha, berdoa dan bertawakal pada Allah. Mohonnya agar diperlapangkan segala laluan dan dipermudahkan segala urusan duniaku ini. Kita merancang, namun Allah jualah sebaik perancang. Ditangan-Nyalah segala ketentuan.

    Ntah dari mana hendak aku mulakan langkah bicara menyusun lembaran episod drama hidup sandiwara yang telah dipertontonkan di pentas dunia ini. Al-maklumlah pena ini dah lama bertapa dari sebarang catatan diary menyusuri perjalanan hidup. Terasa sedikit kekok dalam mencari cetusan idea. Namun dengan daya yang semampu boleh akan ku cuba menyelesaikan demi kepuasan kengkawan sekalian.

    Diulang balik hari-hari yang ku lalui, ada saje usikan dari kengkawan memecahkan sepi dengan gelak tawa mereka yang menyakat aku. Terasa besar aja kepala ni dek menahan malu. Apa taknya, cukup saja modal mereka mengeluarkan saham mengusik aku yang dah kehilangan dalam kata.

    Erm, tak lupa juga kengkawan yang bersalaman lantas menuturkan ucapan tahniah buat diri ini. Hanya senyuman yang mampu ku balas. Nampaknya, kengkawan juga turut berkongsi gembira dengan berita yang mereka dengar sesuatu tentang diriku.

    Ya, berita gembira untuk aku & kongsian bersama kengkawan.

    Ya, status dunia ku kini menerima kenaikan pangkat. Majlis yang sederhana namun tetap meriah selesai terlaksana. Bibir memuji Yang Esa, Alhamdulillah.




    Hari yang bakal aku susuri kelak adalah sebagai tunangan kepada seorang gadis pilihan hati. Sungguh, aku kini bergelar tunangan orang... Bukan lagi anak muda bujang. Tanggal 1 Muharram 1431H itulah menjadi titik permulaan bagi alam baru yang aku akan tempuhi. Diiring dengan 5 dulang hantaran bersama rombongan lelaki disambut dengan wajah yang ceria berserta 7 dulang sebagai balasan daripada pihak perempuan. Si gadis tersipu malu saat majlis menyarung cincin dijalankan. Malu tapi mahu... Hehehehe “,)



    Raihana Syahirah gerangan nama bagi gadis pilihan yang bakal menemani taman hatiku sebagai penawar rindu. Hadirnya dalam hidup sebagai bidadari yang terlalu cukup dicintainya. Dunia mula berubah posisi, saat bersama terasa begitu deras berputar. Saat berpisah, bagai nak qiamat dunia ditunggu berlalu. Begitulah ungkapan bagi sang bercinta.

    Lalu, direndahkan diri penuh kehambaan memanjat kesyukuran ke Hadrat Ilahi atas anugerah pemberianNya ini. Hati yang terlalu gembira sujud bermunajat ke Hadrat Ilahi.

    “Ya Allah, andaikan ini jodoh yang telah engkau tetapkan ke atas kami maka, permudahkanlah segala urusan kami. Izinkanlah kami bersatu dalam cinta-Mu Ya Allah. Restuilah cinta kami ini Ya Allah dengan barakah-Mu agar kami sentiasa di bawah lembayung peliharaan-Mu Ya Allah".

    Bersambung....
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 1:48 AM   0 comments
    Ditag dari kawan tentang zaman gemilang Ku
    Monday, August 10, 2009
    Erm, kali ini tidaklah aku berhajat mengarang panjang persis kata hati.. Hanya sekadar berkongsi lembaran hidup aku tika dizaman kanak2 yang penuh dengan kegirangan lantas menyimpan segala kenangan pahit & manis.. Zaman yang penuh dengan hilai tawa kini kembali dikenangkan dek angkara sahabatku yang lebih mesra dengan jolokan timbangan 'Is' tag aku dengan soklan yang memaksa jemari ini berlatih tari menjawap dengan puluhan jawapan dengan hanya satu soklan yang diberi..

    Soooo.... Dengan rasa rendah diri aku menjawap soklannya yang berbunyi "Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu.."

    Maka tersebutlah kisah dulu kala :

    1. Masa umur aku 6 taun, selalu jer pagi2 kena rotan ngan ayah aku guna getah paip sebab malas nak pi tadika. Aku pulak manja ngan mak... Disebabkan menyampah ngan aku asyik merengek tula kena rotan... Wawawa.. Padan Muka!

    2. N satu ketika tu, aku berbasikal ngan abang aku kat kawasan perumahan di Selangor.. Oleh kerana nak tunjuk hero, aku main tutup mata berbasikal menuruni bukit... Pahtu apa jadi erk?? Ntahlah.. Aku jangkakan aku dapat stabilkan basikal aku tuh lurus jer. Rupa-rupanya bila nak buka mata dah terlambat.. Tup Tup, masuk parit.. Eeeee, busuk gila air parit tuh. Balik umah kena papah ngan abg sambil kena kutuk.

    3. Yang best tentang kejadian tu, balik jer umah boleh manja ngan mak.. Mak tolong sapu ubat kat luka2 sebab nak sangat buat aksi berani. Abg aku pula tak habis2 kutuk aku. N mymother tetap bela aku.. Huhuhu. Dengkilah tuh.

    4. Bila aku dah umur 7 tahun myfamily berpindah ke Terengganu.. Kawasan perkampungan. Nyaman gak udara kat sana sebab dikelilingi pokok2 yang menghijau. Aku pulak suke ngat nengok anak lembu. So, apa lagi aku cuba2lah nak kacau anak lembu yang cute tuh.. Tetiba bila aku paling belakang, nengok mak lembu tuh dah berasap hidung ye. Apalagi aku pecutlah lari cepat2. Satu kampung aku tawaf dek main lari2 ngan mak lembu tuh.. Hehehe, kebetulan hari tuh aku pakai baju merah. Tak sempat-menyempat aku nak ambil basikal. Kat situ jugak aku tinggalkan basikal aku tuh. Balik umah dalam keadaan masih termengah lagi, aku suh abg aku pi ambil basikal aku balik.

    5. Ops... Lupa nak bagitaw, masa aku masih lagi tadika dan menetap kat Selangor. Ada la member2 aku laki perempuan ni pakat kata leh jadi power rangers. So, kitaorang buat meeting n bahagikan kaler n kuasa setiap sorang. Aku dah tak ingat aku ambil power rangers kaler apa. Adala teknik2 yang diajar bagi membolehkan tuk dapat powertuh. Setelah berbulan berlalu, aku tak jugak2 jadi power rangers.. Bila meeting balik ramai2, tak sorang pun yang leh jadik... Maknanyer kitaorang tertipulah. Kakakah.

    6. Balik semula masa sekolah kat Terengganu. Seingat akulah masa tu aku darjah empat, ada ler budak perempuan sekelas ngan aku nie menangis jer aku nengok. Tak taw punca apa asalnya, yang nakalnye hidung ye jadi marah macam badut sebab banyak menangis. Apalagi aku sakatlah dia banyak lagi.. Aku panggil dia badut hidung besar. Tengah2 duk asyik main lam kelas, ustazah panggil aku.. Pergilah aku ke pejabat guru, dalam keadaan aku yang masih belum bersedia tuh, tetiba aku kena marah ngan ustazah. Bila aku tanya penyebabnye.. Rupanya budak c minah hidung merah tu salahkan aku bila ustazah tanya sebab apa menangis. Ade ker patut dia buat tuduhan macam tuh. Selepas kejadian tulah aku Xtegur langsung minah tuh sampai aku berhenti dari sekolah tuh.

    7. Yang paling lucu korang nak tahu, sekarang nie aku dengar2 minah tu sebenarnya sukakan akuuuu... Hehehe, sampai sekarang ye masih still tunggu aku. Tapi, sowi erk. Aku tak layan.

    8. Haaa, sekali lagi aku lupa.. Zaman aku masih lagi berumur 6 tahun. mak n ayah cuba buat perancangan tuk pisahkan aku dengan yeorang. Haaaaa? Nak pisahkan aku ngan mak n ayah? Relax, nak pisahkan aku time tido jer. Aku dah lupa macam mana aku ni leh tido bawah ketiak mak ayah aku sampai umur 6 tahun.

    9. Potong line tul aku kan? Zaman tu aku tak reti fikir pepun... Aku ingat lagi, mak ayah terpaksa menempuh pelbagai dugaan tuk pisahkan aku time tido dari mereka. Kadang2 bukan aku yang berpisah dengan mereka. Tapi, ayah aku yang terpaksa pisah dengan mak aku time tido gara-gara nak temankan aku tido kat bilik lain bersama abg2 aku. Bila tengah malam aku bangun tengok mak aku dah hilang, nangislah aku. Tup tup, aku seludup masuk bilik mak ayah aku balik. Kekekeh.

    10. Masa kecik dulu aku ramai sangat girlfriend taw... Abg2 aku semua dengki ngan aku pasal diorang tak seramai girlfriend macam aku. Tercabarlah yeorang, sedangkan aku masa tu baru umur 6 tahun jer. Perghhh.. Kecil2 dah pandai ngorat!

    11. Ingat lagi masa aku nak berpindah dari Selangor ke Terengganu, jiran aku selang dua tiga umah dari umah aku tuh bagi gambar ye n adik-beradik ye lain. Siap ngan kad ucapan perpisahan. Adik-beradik ye tuh semua perempuan taw! Terharu aku dibuatnya, dahlah semuanya cantik2 belake.

    12. Makanan kegemaran aku dulu masa umur 4-5 tahun, tak lain dan tak bukan roti disapu dengan susu manis pekat. Rela tak makan nasi nak makan roti tuh..

    13. Apa lagi erk nak diceritakan?? Is, teman tak dapat idea la.. Boleh tak teman berhenti dulu sekarang takat ni. Nanti dah dapat idea teman sambung balik erk? Mike jgn marah....

    So, sesi balas dendam nie aku akan taq beberapa org pilihan seperti yang akan dinyatakan kat bawah nie :

    a) Adik Aku
    b) Maula
    c) Mazani
    d) Normie
    e) Kak Long

    Hehehe.... Pandai-pandailah korang jawap erk.. Suke sangat nampak gelakkan aku takdi... Jgn marah taw!
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 12:57 AM   0 comments
    Perutusan Isra' & Mikraj
    Saturday, July 25, 2009
    Alhamdulillah, segala lafaz pujian ku sembah sujudkan hanya pada Yang Maha Esa. Sandaran ini hanya milik yang tunggal tuhan pencipta seluruh alam semesta, Allah Subhanahu Wa Taala. Salam dan selawat yang tiada penghujung buat kekasih Allah, Nabi Muhammad Bin Abdullah Sallallahu Alaihi Wassalam serta paa sahabat yang tiada putus berusaha mempertahankan agama islam.

    Hamparan kembali terbentang luas dihadapan mata, menyempatkan masa bagi saya untuk mencoret kembali sejarah umat islam suatu ketika dahulu sebagai renungan sejenak menginsafi diri sebagai hamba yang kerdil. Ketika mana manusia itu sibuk membanjiri masa mereka melaksanakan tugas harian, maka tergemparlah penduduk dengan berita yang begitu menguji keimanan umat saat itu.

    Peristiwa isra’ dan mikraj , menjadi buah mulut masyarakat tika itu. Perjalanan dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat menjadi soalan logikan akal.

    Peristiwa ini dicatatkan berlaku pada 27 rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah. Tahun tersebut juga turut dikenali sebagai ‘Amul Huzni ( tahun duka cita ) ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib.

    Peristiwa yang berlaku begitu menguji keimanan mereka yang sudah menyatakan keimanan kepada Allah dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Namun, bagi Saidina Abu Bakar tetap tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin.

    Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar Al-siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar Al-siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.

    Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan mengatakan nabi Muhamamd SAW pembohong.

    Kerana mengikut logikan akal tidak mampu perkara seperti itu berlaku dalam segenap waktu sahaja. Perjalanan yang sebenarnya memakan masa selama 40 hari 40 malam. Akan tetapi Nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas isya’ dan pulang sebelum subuh. Seperti yang diramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.

    Kita harus mempelajari dari peristiwa ini bahawa iman itulah merupakan kayu pengukur yang menentukan kualiti keislaman seseorang. Sesungguhnya, imanlah yang membezakan Saidina Abu Bakar r.a. dan menempatkan beliau pada suatu kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang bererti “yang membenarkan” kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar dari Baginda Rasulullah s.a.w. ketika diceritakan peristiwa isra’ dan mikraj.

    Inilah gambaran yang akan berlaku apabila umat keliru dalam meletakkan sumber ambilan dalam membuat satu-satu kesimpulan. Umat Islam hari ini harus waspada dengan ledakan arus untuk meletakkan akal mengatasi sumber Al-Quran dan Sunnah. Islam tidak sama sekali menolak peranan yang dilakukan oleh akal tetapi harus ditundukkan dengan bimbingan wahyu dan sunnah.

    Perkara seperti inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula semua sistem islam maka di sana timbulnya beberapa golongan yang cuba menjadi pemecah masyarakat.

    Namun, jika perjuangan menegakkan kalimatul Allah itu digalas bersama keyakinan yang tinggi terhadap Allah nescaya ribut taufan yang membadai sekalipun mampu jua dikebali. Selamilah disebalik peristiwa yang menjadi sumber kekuatan iman ini untuk diterapkan dan diaplikasikan dalam liku-liku yang bakal kita tempuhi menjadikan ianya sebagai suntikan semangat bersama.

    Haru-biru yang kian merobek maruah islam oleh musuh dalam selimut itu harus dibanteras. Berpaksikan akal anugerah Ilahi, digalas bersama sumber utama islam Al-quran dan As-sunnah maka kita fikirkan sebaik-baik uslub dalam menyelamatkan umat dari terus dibasuh ideology yang menyeleweng dari simpang yang betul.

    Semoga bakti yang dicurahkan pada jalan menuju mardhotillah, menempahkan kita ke taman-taman syurga Allah. Amin, insyaAllah..

    Sekian, wassalam…

    Setiausaha Agung,
    Persatuan Pelajar Malaysia Yaman,
    Sesi 2009/2010


    Dipetik dari www.permaya.org
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 8:13 AM   1 comments
    Penaku kini Kembali...
    Tuesday, July 14, 2009
    Salam sua kembali buat semua teman-teman yang sudi berkunjung ke teratak usang GengSkoop ini. Erm, salam syukur ku panjangkan ke hadrat Rabbul Izzati di atas kesempatan yang masih terluang buat kita semua untuk bersapa khabar. Doa ku tadah, pohon izin Ilahi dikurniakan pencurahan rahmat-Nya serta memayungi kesejahteraan pada kesihatan dan kehidupan penuh keampunan kepada hamba-Nya berterusan.

    Maaf ku pinta setelah kian lama bertapakkan sunyi laman ini. Dek masa yang tidak berapa mengizinkan menghalang jari-jemari melaksanakan tariannya. Namun, kesempatan ini seribu tanda syukur dilafazkan tanda terima kasihku buat Yang Maha Esa.

    Pena ini sekali lagi akan mencoretkan kisah opera kehidupan semalam berpentaskan di sini. Bumi Iman & Hikmah terus melayani kekejaman & kebaikan ibadah manusia. Episode demi episode terus dipersembahkan disebalik tirai pementasan opera manusia.

    Alhamdulillah, kini musim yang dinanti menjenguk tiba. Tempoh cuti yang akan berlanjutan selama 4 bulan akan kami isi dengan pelbagai aktiviti & tanggungjawab.

    Sebulan sebelum ini, kami terpaksa berdepan saat genting menghadapi peperangan bersenjata pena & ketangkasan akal memahami teknik serangan musuh.

    Keputusan sudah kami perolehi, ada yang suka dan ada yang duka. Namun, bagi aku kegagalan bukan berhenti disitu sahaja. Kerana aku berpegang pada madah yang berbunyi
    Jatuh & gagal yang pertama bukan kegagalan namanya. Kegagalan ialah yang jatuh kerana sebab yang serupa di tempat yang sama”.

    Masih ada peluang buat teman-teman untuk sama-sama kita berusaha. Jangan berduka dengan kemampuan sendiri, kita juga punyai kelebihan. Mungkin barang kali kita belum sedari di mana tersembunyi kelebihan kita itu. Ayuh, kita selami diri sendiri. Motivasikan semangat kita dengan pemikiran yang positif. Jangan berasa hina pada diri sendiri kerana kita semua hamba-Nya yang sempurna sebaik mahkluk.

    Ok, aku tinggalkan dulu babak episode ini…

    Cuti ini, aku sering berulang kali pergi ke Airport milik ibu kota Yaman di Sana’a. Kenapa?

    Haaaa, hanya ada dua jawapan bagi soalan itu.

    Satu, kerana menerima kehadiran ahli baru di Bumi Iman & Hikmah.

    Dua, kerana menghantar teman-teman yang pulang kepangkuan keluarga yang dirindui.

    Aku pula? Mungkin bukan rezeki ku pulang ke dampingan keluarga kali ini. Aku juga turut memendam rindu yang membuak. Namun, di sini juga tanggungjawap perlu dipikul. InsyaAllah, mohon kesempatan diberi pada ku dan teman-teman yang lain pada waktu yang mendatang, pulang disisi keluarga…. Aminnnnn Ya Rabbal A’lamin!

    Disebalik peristiwa itu juga, salah seorang agen GengSkoop turut menuruti langkah tersebut. Dek desakan keluarga, akhirnya terpaksa akur permintaan keluarga pulang ke kampung halaman. Hajatnya tahun depan, balik secara beramai-ramai dengan agen GengSkoop yang lain tak kesampaian. Hahaha, kesian pulak.

    Begitulah rancangan hidup ini. Terkadang yang dirancang tak menjadi, malahan yang tak dirancang itu yang akan tertayang dalam opera pementasan manusia. Kerana Allah itu jualah sebaik-baik perancang dan pelaksana. Keagungannya mampu mengatasi segala perancangan. Seperti kisah-kisah anbia’ yang termaktub dalam Al-qur’an merintangi kekejaman musuh Islam.

    Pelayaran membelah awan biru.

    Melebarkan sayap di angkasawan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Namun, saat genting terkadang tidak juga ditidakkan kehadirannya. Yang penting, kepakaran pilot dan keselesaan keadaan kapal pesawat tersebut perlu dititik beratkan. Satu kecuaian mengundang maut… Na’uzubillah.

    Terbaru kapal pesawat milik Syarikat Yemenia telah terhempas disebuah pulau. Dikatakan cuaca ketika itu buruk dilanda dengan ribut. Erm, phobia lah orang awam nak beli tiket milik syarikat tersebut lepas ini seloroh teman-teman di sini.

    Riuh-rendah kembali bergema di PERMAYA.

    Syukurlah kini, PERMAYA kembali bermaya dengan sahutan riuh-rendah ahlinya yang tiada jemu mendatangi rumah milik Persatuan Pelajar Malaysia Yaman atau singakatannya PERMAYA.

    Apa tidaknya, kerana kecekapan ahlinya memperkayakan dengan pelbagai aktiviti dan khidmat-khidmat yang memuaskan pelanggan menjadi tumpuan persinggahan mereka. Antaranya perkhidmatan wireless di bawah pengelolaan Unit IT Permaya, masakan panas Melayu di Gerai Seri PERMAYA di ketuai chef Ustaz Ismail Ghazali serta jualan mempedal, hati dan burger oleh beberapa ahli PERMAYA sendiri.

    Kehadiran ahli kembali meriuhkan suasana dengan hilai tawa dan senda gurau.

    Laman GengSkoop….

    InsyaAllah, aku akan manfaatkan cuti agar laman ini tidak lagi menjadi suram. Kunjungan teman-teman juga diharapkan tidak terhenti di sini sahaja. Ada kelapangan dilain masa kita akan berkongsi cerita lagi.

    Ku unduri diri untuk seketika mengistirehatkan jemari yang sudah keletihan. Sejak dari tadi lagi menampilkan kelincahan tariannya di atas hamparan keyboard laptop milik PERMAYA.

    P/s : Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan ini menggambarkan kebesaran-Nya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

    Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali, sekali pergi tak akan kembali.

    Wassalam…
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 4:24 AM   0 comments
    Gelagat Minggu Ini....
    Wednesday, May 20, 2009
    Assalamualaikum wbt....

    Kehadapan aku panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi sebelum kalam mengorak langkah lebih jauh. Mudahan terlindung dari segala perasaan mazmumah. Lafaz yang lazimnya menjadi pembuka tirai bicara sentiasa diungkapkan antara pertemuan.

    Alhamdulillah, sekali lagi kita bersua diruangan ini mencuri masa disebalik kelapangan yang terluang. Walau sedikit keletihan menghadiri kuliah di Jamiah sejak dari pagi sampailah ke malam, ku gagahi jua qudrat melaksanakan tarian jari-jemari di atas keyboard yang sikit tuanya menyebabkan hentakan jemari perlu dikuatkan.

    Erm, uniknya tarbiyyah dari Allah mendidik hati melaksanakan kewajipan sebagai hambaNYA. Terkadang kita bergembira, saat yang lain kita berduka.. Begitulah putaran hidup hambaNYA melalui setiap liku warna-warni kehidupan yang pahit manisnya tersirat makna yang begitu besar.

    Tersenyum aku tatkala laman GengSkoop terpapar diskrin komputer. Terpahat tulisan di dalam Cbox GengSkoop suatu perkara yang mencuit hati aku saat mata yang masih menerima nikmat kesihatan dari Ilahi melihatnya. Hanya senyuman mampu diukir menerima ujian dari Allah. Mudahan ianya mampu mendidik kesabaran aku.

    Andai sekalipun aku melenting memarahi perbuatan itu, tiada faedah mampu ku terima. Hanya bersikap kebodohan berbuat begitu. Itulah ragam manusia tanpa diduga akan kita tempuhi. Karenah yang perlbagai sering kali memenatkan akal mencari jalan penyelesaian. Semoga didikan ini mampu mendewasakan aku mengenali isi hati duniawi.

    Ciptaan Allah yang begitu Maha Berkuasa, menjadikan manusia itu sering bertelagah dalam menyampaikan pendapat. Justeru, menimbulkan perbagai tindakan berpandukan kebijaksaan mereka berfikir. Namun, lebih bertamadun manusia itu kalau tidak mengikut perasaan hawa nafsu mereka dalam melakukan sebarang tindakan.

    Lakukanlah segala apa yang anda sukai..... Hanya nasihat mampu disampaikan agar kehidupan ini bukanlah suatu kerugian buat kita semua. Untung nasib di atas bumi pinjaman di sini adalah tiket kebahagian kita menempuh kehidupan abadi sana kelak.

    Semoga Allah terus memayungi kita dengan rahmatnya... InsyaAllah kita pasti bersua lagi dilain waktu. Salam ukhuwwah ku akhiri celoteh untuk kali ini.
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 9:58 AM   1 comments
    :: Pengumuman ::
    Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : naqruf_njang89@yahoo.com.my. Terima Kasih
    :: About Me ::



    Name: Ahmad Furqan Bin Hj Ismail
    Home: Syari' Al-Hurriyyah, Sana'a, Rep. Yemen, Yemen
    About Me: "Erm, Dilahirkan tanggal 29 Julai 1989 Di Hospital Umum Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang. Merupakan anak yang ke-5 dari 7 orang adik-beradik. 4 lelaki & 2 perempuan. Dilahirkan dalam keluarga yang suka merantau.. Dan kini menetap di Terengganu Darul Iman. Mendapat pendidikan awal di Tadika Islam di Selangor.. Kemudian meneruskan pengajian diperingkat Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring selama 3 tahun dan berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil sehingga tamat pengajian sekolah rendah. Menyambung pendidikan seterusnya di Ma'had Darul Qur'an, Rusila selama 7 tahun dan kini, berhijrah ke Bumi Iman & Hikmah (Yaman) untuk menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana muda (B.A) dalam pengajian islam selama 4 tahun di Universiti Sains & Teknologi"
    See my complete profile
    :: Artikel Ku ::
    :: Archives ::
    :: Rangkaian Web ::
    :: YM With GengSkoop ::
    Daus
    Aman
    Loh Razak
    Niza
    Marwan
    Medang
    Are-kim
    Sudin
    Are-mid
    Megat
    Hazim
    Furqan
    Saril
    Sepu Abdllh
    Loh Rani
    Yang Lain
    Coming Soon
    :: Powered by ::
    Permaya Online

    BLOGGER

    :: Nasib Ummat ::
    Tinta Pena Ini Mengajak Kita Bermuhasabah
    Bukan Menuding Jari
    Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Semangat
    Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan
    Aku Hairan Kemana Perginya
    Pewaris Perjuangan Suci
    Sedangkan Terlalu Banyak Institusi Pengajian Islam
    Yang Mendambakan Akan Lahir Pejuang Terhormat
    Membela Agama Islam
    Kemanakah Mereka Menghilang???
    :: Segalanya Disini ::
    Kat Pintu Gerbang Jamuan Wida' Kitaorang Photobucket

    Depan Asrama Sebelum Masuk Dewan Photobucket

    Persembahan Kitaorang Photobucket

    Semasa Persembahan, Insaf! Photobucket

    Dah Habis, Bermaafan La Photobucket
    :: Slide Show ::
    :: Waktu Solat ::




    :: Update ::
    Coming Soon
    :: Warning ::
    Photobucket
    :: Update ::
    Coming Soon.
    width="1000">